MAJLIS BELIA MALAYSIA

KL MEET 2.0 : Kelas Bahasa Isyarat Di Pusat Belia Antarabangsa

Cheras 17 Dis –  Bahasa Isyarat Malaysia(BIM) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak di Malaysia. Ia merupakan bahasa ibunda dan bahasa isyarat istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. Dalam Akta OKU 2008, telah dinyatakan bahawa BIM adalah bahasa rasmi bagi komuniti Pekak di Malaysia.

Kelas Bahasa Isyarat diadakan anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa (IYC) ini bagi memberi pendedahan kepada orang awam tentang Bahasa Isyarat ini untuk memudahkan komunikasi dua hala.

Kelas ini mendapat sambutan ramai dengan dihadiri oleh 30 orang dan diajar oleh Jurubahasa Bebas oleh En. Zamri Zainal.

Turut hadir sama Pengarah IYC Tuan Hj. Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »