MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media Pemerkasaan TVET : MBM Hantar Belia Malaysia Ke Pertandingan Ciptaan Inovasi Dan Sains Iaitu International Science Project Olympiad (INSPO) Di Istanbul, Turkey

KENYATAAN MEDIA

PEMERKASAAN TVET : MBM HANTAR BELIA MALAYSIA KE PERTANDINGAN CIPTAAAN INOVASI DAN SAINS IAITU INTERNATIONAL SCIENCE PROJECT OLYMPIAD (INSPO) DI ISTANBUL, TURKEY

PADA 1 HINGGA 7 OKTOBER 2018

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyakini bahawa pemikiran yang kreatif dan inovatif perlu dipupuk dalam kalangan belia khususnya di peringkat sekolah. Lihatlah di sekeliling kita, pelbagai produk inovasi yang dihasilkan banyak membantu manusia menjalani kehidupan seharian.

 

Justeru itu, MBM akan memberi sokongan, dorongan dan bimbingan kepada enam (6) orang belia bersekolah, pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan yang akan menyertai pertandingan ciptaaan inovasi dan sains iaitu International Science Project Olympiad (Inspo) di Istanbul, Turkey pada 1 hingga 7 Oktober 2018.

 

Mereka terdiri daripada Vignesswaran a/l Shankar, Adam Azim bin Mohammad Rozi, Shaidatul Noraqila binti Shahrizal, Nur Irdina Alia binti Junaidi, Nur Shafika binti Kamaludin dan Nurul Afiqah Zahirah binti Nor Anuar. Turut sama sebagai pegawai pengiring ialah Mohd Fakharudin Mahmod.

 

Bagi pertandingan kali ini, sebanyak empat (4) inovasi ciptaan mereka layak ke peringkat akhir iaitu Smart Hybrid ‘Comboo; Using Snt’ (Kategori Alam Sekitar), Smart Paper From ‘Corpel’ Waste (Kategori Alam Sekitar), Smart Wall Panel From Agrowaste (Kategori Kejuruteraan) dan Algae Oil (Kategori Kesihatan).

 

MBM percaya bahawa bakat dan potensi anak muda di bangku sekolah perlu di gilap dan diberi ruang sepenuhnya dengan harapan agar mampu membudayakan kreativiti dan inovasi dalam masyarakat. Hal ini akan terhasil jika sekiranya ilmu-ilmu yang diajar dapat diadunkan sebagai satu unit kesinambungan kerana ilmu-ilmu itu berkait di antara satu sama lain. Asasnya, kekuatan berfikir hanya terhasil jikalau seseorang itu betul-betul memahami ilmu berkenaan.

 

Justeru, MBM berharap sokongan yang diberikan ini akan mampu memberikan pengalaman yang berharga kepada mereka yang membawa semangat Malaysia Boleh ke pentas antarabangsa.

 

Sekian terima kasih.

 

MOHAMMAD RIZAN HASSAN

KETUA PENERANGAN 

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

Tarikh      : 26 September 2018

Telefon    : (013) 7733676

E-mel      : mdrizanhassan@gmail.com

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »