KENYATAAN MEDIA
MAJLIS BELIA MALAYSIA
TABUNG KEMANUSIAAN UNTUK BANTEN, INDONESIA
Seluruh golongan belia di Malaysia melahirkan rasa sedih dan berdukacita di atas tragedi tsunami yang melanda Anyer, Banten di Indonesia kelmarin yang telah mengorbankan lebih 200 nyawa.
Tahun 2018 banyak memberi ujian kepada saudara kita di Indonesia dengan beberapa kejadian gempa bumi dan tsunami. Sesungguhnya semua di kalangan kita turut diuji dalam melayari kehidupan namun pastinya ujian yang di hadapi oleh mereka jauh lebih besar. Ini menuntut kita di Malaysia untuk lebih bersyukur kerana tidak menerima ujian bencana besar sebegitu.
Untuk itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) melancarkan tabung kemanusiaan bagi membantu mangsa yang terjejas. Masyarakat Malaysia yang prihatin bolehlah menyumbang ke tabung seperti maklumat di bawah:
TABUNG KEMANUSIAAN MAJLIS BELIA MALAYSIA
MAYBANK
564025403782
(Tarikh tutup sumbangan pada 31 Disember 2018)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saudara hazrul Hafizi Halim, EXCO MBM di talian 017-5855563.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga keluarga mangsa terus tabah dengan ujian yang diberikan yang Maha Kuasa. Takziah dari kami seluruh warga belia Malaysia.
Al-Fatihah
MUHAMMAD FADZLI HASAN
Timbalan Presiden
Majlis Belia Malaysia
Tarikh : 26 Disember 2018 / 18 Rabiul Akhir 1440 H
Tel : (011) 2971 1124
Emel : fadzlihasan@gmail.com