MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media MBM : Kesukarelaan Yang Perlu Dibudayakan

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

KESUKARELAAN YANG PERLU DIBUDAYAKAN

Diantara faktor yang memotivasi seseorang belia untuk dalam kerja-kerja kesukarelaan ialah: Perjuangan sosial dan politik untuk menuntut kemerdekaan atau memperbaiki nasib anak bangsa; rasa prihatin yang timbul dalam diri untuk menaburkan bakti dan khidmat kepada masyarakat dengan berbuat sesuatu (biasanya dalam bentuk perkhidmatan); akibat pengalaman peribadi atau tragedi yang berlaku terhadap diri sendiri atau orang yang terdekat dan tersayang; ingin berbuat amal dengan memberikan sumbangan dalam bentuk wang atau barangan; untuk mendapatkan keredhaan Tuhan, iaitu mengikut ajaran agama; menyertai aktiviti kesukarelaan yang didokong oleh kerajaan atau beberapa buah kerajaan, iaitu menyahut seruan kerajaan; dan sebagai khidmat kepada negara.

 

Ini diterjemahkan melalui sumbangan yang tidak ternilai pentingnya kepada masyarakat. Contohnya ialah memberikan bantuan ketika bencana dan kecemasan; meningkatkan mutu pendidikan melalui kelas bimbingan, taman didikan kanak-kanak dan latihan kemahiran; menjalankan pendidikan komuniti dalam pelbagai bidang seperti belia, alam sekitar, kepenggunaan, memerangi dadah, dan AIDS; menganjurkan kelas agama; menganjurkan aktiviti mengisi masa lapang; membantu mengatasi masalah sosial seperti kemiskinan, rasuah, dan ketidakadilan sosial; menyelesaikan isu-isu pekerja seperti hak berkesatuan, gaji dan cuti; melaksanakan latihan kepemimpinan untuk pemimpin pelapis, menjayakan program negara seperti Sukan SEA; dan menggerakkan bantuan kemanusiaan untuk mangsa perang dan bencana alam dan lain-lain.

 

Sayangnya, kini terdapat satu hakikat yang terpaksa ditelan, iaitu tradisi kesukarelaan kelihatan menjadi semakin pudar, dan jauh sekali untuk dibudayakan.

 

Justeru, dengan sambutan HARI KESUKARELAAN ANTARABANGSA pada Setiap 5 Disember di harapkan akan membawa suntikan semangat baru kepada belia Malaysia dalam menjadikan kesukarelaan sebagai gaya hidup dalam era Malaysia baru.

 

 

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    : 4 Disember 2018 / 26 Rabiul Awal 1440 H

Tel         : (011) 2971 1124         

Emel      : fadzlihasan@gmail.com

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »