MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah Advokasi Connected-Youth Malaysia 2017 (Zon Utara) Negeri Kedah

Kulim 17 Sept – Jelajah Advokasi Connected-Youth Malaysia 2017 (Zon Utara) Negeri Kedah berlangsung dengan jayanya di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim, Kedah dimana anjuran bersama MCMC, MBM dan MBNK. Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada pelatih-pelatih ADTEC, mahasiswa IPT, pelajar sekolah serta belia tempatan.

Siri jelajah ini dimulakan dengan Sesi 1 : Taklimat “Klik Dengan Bijak” oleh Puan Norazlina Nordin, Pegawai Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia. Turut hadir Sdr. Mohammad Rizan Hasan, Ketua Penerangan MBM, pegawai-pegawai MCMC serta kepimpinan MBN Kedah.

Diteruskan lagi dengan Sesi 2 : Pembentangan oleh Tuan Kamal Afandi, Penganalisis Jenayah Malaysia dengan tajuk “Syurga Ekspress”.

Beliau mengupas mengenai isu penglibatan segelintir anak muda yang terjebak dalam aktiviti radikal dan ektremisme khusus dalam konteks media sosial.

Sesi 3 : “Aspirasi Belia” TN50 dipengerusikan oleh Sdr. Hamdan Jamel, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah. Ahli panel terdiri daripada Encik K. Jusly Elis Ketua Jabatan Perlaksanaan Dan Jangkauan MCMC dan Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB Dato’ Norsabrina Mohd Nor, EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam ucapannya, beliau berharap peserta-peserta yang hadir menggunakan media sosial dengan bijak supaya tidak menyusahkan orang lain dan memudaratkan diri sendiri. Pembudayaan internet secara bijak dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda.

Majlis berakhir dengan sesi gimik pelancaran dan bergambar kenangan.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »