Kuala Lumpur, 1 Disember 2012 – Bersempena dengan perlawanan Piala AFF Suzuki antara Harimau Malaya dan Garuda Indonesia yang berlangsung pada 1 Disember 2012 jam 8 malam di Bukit Jalil, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah terlebih dahulu mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan team Komiti Nasional Pemuda Indonesia, Cawangan Malaysia (KNPI) bertempat di gelangang futsal UTC, Pudu Sentral. Perlawanan yang berkesudahan MBM 4 dan KNPI 3 turut disaksikan oleh Bapak Profesor Ir Djohan Arifin Husin, Presiden, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (setaraf Presiden FAM). Team MBM diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.