MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog InspirasiKu TN50 : Suara Komuniti Di Sayangi (Transgender & Gay)

Ampang, 4 Jun – Telah berlangsung dengan jayanya siri dialog ini yang bertempat di Pusat Latihan PAFI Ampang Kuala Lumpur.

“LEBIH BAIK MEMAHAMI DARIPADA DI FAHAMI”.
Ungkapan di atas adalah rumusan akhir yang dapat di dipersetujui bersama diakhir sesi Dialog Inspirasiku TN50: Suara Komuniti Yang Di Sayangi (Transgender & Gay) yang di hadiri oleh komuniti transgender dan gay.

Sesi dialog anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) ini bertujuan memahami isu dan permasalahan komuniti berkenaan di samping mendengar idea penyelesaian yang mereka harapkan dalam usaha bersama membentuk masyarakat Malaysia yang lebih sejahtera di masa depan.

Antara perkara menarik yang di bangkitkan dan diperjelaskan ialah isu kesamarataan, diskriminasi serta stigma terhadap komuniti ini. Peranan institusi keagamaan juga dibangkit khususnya soal bimbingan dan kaunseling.

Isu kesamarataan sering diputarbelitkan dan di politikkan seolah-olah komuniti ini mahukan masyarakat atau pemerintah mengiktiraf LGBT. Hakikatnya, komuniti ini hanya mahukan kesamarataan dari segi mendapatkan peluang pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan lain-lain.

Stigma masyarakat yang memandang serong terhadap golongan mak nyah merupakan antara punca komuniti itu sukar berubah.

Di PAFI, pelbagai program pemulihan dianjurkan namun ianya tidak akan berjaya sekiranya masyarakat sekeliling masih tidak dapat menerima golongan itu yang sudah kembali ke pangkal jalan.

Komuniti ini (mak nyah) merupakan satu kumpulan yang begitu rendah keyakinan dirinya, rendah diri, takut didekati dan sentiasa bimbang stigma masyarakat yang tidak berubah terhadap mereka.

Sesi dialog hari ini juga di awalnya mendapat bantahan dan ancaman laporan polis oleh pihak tertentu namun sesi ini berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan.

Selain sesi dialog turut di adakan pengisian seperti Mengaji Quran dan Majlis Berbuka Puasa. Program dikendalikan oleh Sdr. Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM dan turut hadir ialah Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah Exco MBM.

-PENERANGAN MBM

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »