MAJLIS BELIA MALAYSIA

Persepakatan Bersama MBM dan 40 Badan Gabungan

Dalam keadaan negara dan rakyat yang berhadapan dengan pebagai cabaran getir dan rintangan dahsyat berkaitan Covid-19, kemelesetan ekonomi dan ketidakstabilan politik, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan gabungan tampil tegas berteraskan prinsip dan semangat Rukunegara mewakili belia dan rakyat Malaysia dengan persepakatan seperti berikut : 1.) Menjunjung kasih dan mendokong penuh titah dan saranan Yang […]

MBM Gesa SOP untuk Vaksin Secara Walk In di PPV Diperketatkan

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil serius kesesakan luar biasa yang berlaku baru-baru ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang disebabkan tawaran mendapatkan vaksin secara walk in. MBM amat menghargai hasrat dan usaha gigih Kerajaan bagi mempercepatkan usaha pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia khususnya di Lembah Klang untuk segera mencapai imuniti kelompok dengan membuka […]

Berhenti Jadikan Covid-19 Sebagai Alat Politik

Majlis Belia Malaysia (MBM) menjunjung kasih titah yang disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di mana sekarang bukan waktu untuk pemimpin politik berebut kuasa dalam keadaan rakyat sedang menderita dengan pandemik Covid-19 yang berpanjangan. Bahkan, Baginda menyeru agar semua rakyat dan pemimpin mengamalkan sikap saling […]

MBM kesal pembatalan Ordinan Darurat dibuat tanpa perkenan KDYMM Yang Di-Pertuan Agong

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin menunjukkan rasa kesal dan dukacita atas tindakan Kerajaan melalui kenyataan YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 26 Julai 2021 yang dibuat di Parlimen yang mana telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong sebelum dibahaskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh […]

Translate »