MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Belia Kelantan Bersama Meringankan Beban

3 Jan 2015 – Majlis Belia Kelantan (MBK) turut serta turun padang membantu masyarakat setempat walaupun mereka sendiri terkesan secara langsung dengan bencana ini. Yang Dipertua MBK, Sdr Shahbudin bersama YBhg. DatoHjh Hatipah, Ketua Pengarah JBSN menyampaikan sumbangan di Taman Barakah dan Pondok Hidayah di Tanah Merah. Turut serta ialah mantan Pengerusi Tetap MBM Puan […]

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Luang Masa di Pasir Salak

3 Jan 2015 – Selepas melawat pusat pemindahan di Kg Titi Gajah, Perak, Ybhg Dato’ S. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan meluangkan masa bersama mangsa banjir dan memberi sumbangan di pusat pemindahan bencana Pasir Salak, Perak. Beliau juga sempat melakukan aktiviti mewarna bersama kanak-kanak.  

MBN Kedah jadikan Kg Pasir, Manik Urai Sebagai Kampung Angkat

2 Jan 2014 – Sdr Aizad Roslan, Presiden MBN Kedah bersama-sama 11 orang sukarelawan menaiki 3 kenderaan 4wd telah sampai di Kg Pasir, Manik Urai, Kelantan untuk memberi sumbangan barangan kepada 40 orang keluarga yang terjejas akibat banjir. Kumpulan misi ini telah mengenalpasti keperluan penduduk-penduduk terjejas dan bersetuju untuk menjadikan kg tersebut sebagai kg angkat. […]

50 Sukarelawan Sahabat MBM Bersih SK Kuala Medang

3 Jan 2015 – Pasukan Sukarelawan Pasca Banjir Misi Belia Prihatin MBM-KBS membersihkan  Sekolah Kebangsaan Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang secara gotong royong bersama guru-guru dan penduduk setempat. Seramai 50 orang sukarelawan Sahabat MBM turun padang dalam misi kali ini.

Translate »