MAJLIS BELIA MALAYSIA

Go For GOLD

[corner-ad id=1]21 April 2015: Putrajaya – Pra Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2015 (FBP 2015) telah sempurna dirasmikan oleh YB Saudara Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam suasana sederhana tetapi meriah di Menara KBS petang tadi.

FBP 2015 yang bakal berlangsung pada 22 hingga 24 Mei 2015 bakal menyaksikan pelbagai segmen aktiviti yang menjurus kepada persembahan dan penonjolan bakat dan potensi anak muda Malaysia.

Di antara segmen yang bakal mendapat perhatian ialah ASEAN SKILLS NETWORK 2015 (ASN) yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Alumni WorldSkills Malaysia, dan Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC).

ASN2015 akan turut disertai oleh 10 buah negara Asean yang terlibat secara langsung dalam latihan teknikal dan vokasional di negara masing-masing. Pameran ini turut menampilkan semua peserta Malaysia yang akan beraksi membawa nama negara di pertandingan Worldskills Competition 2015 di Sao Paulo, Brazil.

YB Menteri Belia dan Sukan sempat melahirkan hasratnya ingin melihat belia berkemahiran dapat mengibarkan Jalur Gemilang di Brazil dan membawa balik seberapa banyak pingat emas untuk negara.

“Go For GOLD”, kata-kata semangat yang beliau lakarkan dan menjadi azimat kepada para peserta negara.

PENERANGAN MBM
www.belia.org.my
www.mytevt.net

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »