MAJLIS BELIA MALAYSIA

Putrajaya akan dibanjiri belia sempena Festival Belia Putrajaya 2015

Putrajaya, 21 April 2015: Setiap tahun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan satu perayaan atau festival  bagi meraikan golongan belia di negara ini. Putrajaya dipilih setiap tahun sebagai lokasi utama bagi menjalankan festival ini.

Bermula dengan sambutan Hari Belia Negara dan pada tahun 2013 ia ditukar nama (rebranding) kepada Festival Belia Putrajaya.

Semalam telah berlangsungnya Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2015 bertempat di lobi utama KBS. Antara wakil MBM yang hadir pada majlis pelancaran ini iaitu Pengerusi Tetap MBM, saudara Khairul Amin Osman,  Ketua Penerangan MBM, saudara Rizan Hassan mewakili Youth Skill dan 1B1K, saudara Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung MBM, Ahli Jawatankuasa MBM, saudara Hasnul Hanif Harun, saudara Mohd Hakimi Mat Husin dan  saudara Hasanul Amir Abdul Halim serta beberapa orang dari Dewan Tertinggi MBM seperti saudara Mohd Syahbuddin Hashim dari Majlis Belia Kelantan,  saudara Ong Jeng Tak dari Majlis Belia Pulau Pinang, Yb Anuar Manap dari Majlis Belia Felda Malaysia dan saudara Syed Osman dari GEPIMA.

Festival Belia Putrajaya (FBP15) ini akan diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2015. FBP15 akan memperkenalkan beberapa unsur baru di samping mengekalkan beberapa program atau acara yang mendapat sambutan hangat sebelum ini. Pada tahun ini FBP15 telah bertukar tempat di mana sebelum ini FBP diadakan di sepanjang jalan di Presint 2 dan 3 Putrajaya, bermula dari Dataran Gemilang hingga ke kawasan Kementerian Perumahan tetapi FBP tahun ini telah berpindah lokasi. Atas nasihat Ketua Polis Putrajaya dan pengurusan Perbadanan Putrajaya, FBP15 akan berpusat di Presint 4. Dengan perubahan ini, masalah meletak kenderaan dan gangguan lalu lintas di Putrajaya dapat dielakkan. Di samping itu pengunjung akan dapat menikmati suasana yang lebih indah kerana berdekatan dengan Tasik Putrajaya.

Menurut Yb Khairy Jamaluddin “FBP15 kali ini menjiwai konsep daripada belia untuk belia. Walaupun dianjurkan oleh KBS melalui Rakan Muda  bersama orang muda yang diberi peluang dan tangungjawab bagi merealisasikan festival ini.”

YB Khairy Jamaluddin turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Dasar Belia Malaysia dalam Konvensyen Belia Kebangsaan pada 15 Mei ini untuk menggantikan Dasar Pembangunan Belia yang sebelum ini.

Majlis Perlancaran ini diakhiri dengan tayangan video dan lawatan YB Khairy Jamaluddin ke setiap gerai yang membuat pameran di lobi utama KBS.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »