MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM jalin kerjasama dengan NUJ

Brickfield, 22 April 2015: Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan satu pertemuan dengan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) di bangunan NUJ di Brickfield, Kuala Lumpur. Tujuan pertemuan ini diadakan bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan antara MBM dan pihak NUJ. Antara topik dan perkara utama yang dibincangkan adalah seperti kerjasama dalam menjenamakan MBM melalui bantuan pihak NUJ. Semua sedia maklum bahawa NUJ adalah sebuah persatuan yang dipelopori oleh para wartawan di mana jumlah ahlinya dalam lingkungan 1400 orang wartawan meliputi semua media massa seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Sin Chiew Daily dan lain-lain.

Oleh itu MBM mengambil peluang ini mengadakan pertemuan dan sebagai permulaan untuk mengeratkan lagi hubungan MBM bersama para media. Pihak NUJ telah bersetuju dan bersedia untuk bekerjasama dengan MBM. Antara kerjasama yang dipersetujui seperti NUJ bersedia membantu dalam mempromosikan MBM supaya lebih dikenali sebagai platform suara belia oleh masyarakat terutama golongan belia. NUJ juga bersedia mempromosikan program yang akan dijalankan oleh MBM.

Saudara Ahmad Saparuddin Yusof menyatakan perlunya kepakaran penulisan untuk mempromosikan MBM dengan kerjasama daripada pihak NUJ di mana, dapat memberikan latihan kewartawan kepada golongan belia yang berminat dalam bidang ini. Beliau juga berharap kerjasama ini akan berkekalan dengan mengadakan program bersama. Kerjasama ini secara tidak langsung dapat membantu merelevankan nama MBM pada pandangan masyarakat.

Majlis pertemuan ini telah dihadiri oleh Setiausaha Agung MBM, saudara Ahmad Saparuddin Yusof, Ketua Penerangan MBM, saudara Rizan Hassan, dan Ahli Jawatankuasa MBM, saudara Hasnul Haniff Harun manakala dari pihak NUJ telah diwakili oleh saudara Mohd Taufek Razak, Timbalan Presiden NUJ 1, saudara Basir bin Zahrom, Timbalan Presiden 2, saudari Wan Noor Hayati Wan Alias, Timbalan Setiausaha Agung 1, saudara Mohd Hidhir Basarudin, Timbalan Setiausaha Agung 2, dan saudara Baharuddin Reseh Hj Yaacob, Bendahari Agung NUJ. Pertemuan ini di akhiri dengan sesi pertukaran cenderamata antara MBM dan pihak NUJ.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »