Program Pembangunan Usahawan Belia OKU

KUALA LUMPUR 28 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari Agensi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) yang diwakili Encik Mohamed Fahmi Azli Harimi, Ketua Seksyen GLC dan Agensi Kerajaan dan Encik Mohd Rushdan Zenull Abidin, Eksekutif GLC dan Agensi Kerajaan bertempat di Wisma MBM. Pertemuan diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, […]
Kunjungan Hormat MBM kepada Akademi Pilihan Raya Malaysia

PUTRAJAYA 27 Jun – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Majls Belia Malaysia (MBM) kepada Akademi Pilihan Raya Malaysia (APR) di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua belah pihak. Dalam pertemuan ini, MBM mencadangkan penglibatan APR dalam program Sekolah Politik 3.0 dalam skop penerangan kepada belia […]
Perbincangan kerjasama MBM-McDonalds bagi perantis SLDN McDonalds

KUALA LUMPUR 27 Jun – Suatu perbincangan telah diadakan di antara Precious Gold Sdn Bhd (syarikat yang dilantik oleh Syarikat Operasi McDonald’s Malaysia iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) bagi mengurus dan menjalankan sesi temuduga bagi pengambilan kemasukan perantisan SLDN di Akademi Vokasional McDonald’s bersama Majlis Belia Malaysia (MBM). Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat MBM […]
Sesi penerangan RUU Anti Gangguan Seksual 2021 KPWKM bersama NGO

PUTRAJAYA 27 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang ke sesi Penerangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Gangguan Seksual (AGS) 2021 bersama NGO bertempat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Exco MBM, Sdri. Siti Norhasyyati Ab Rahman telah mewakili MBM dan Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga MBM. MBM menyambut baik inisiatif Kementerian dalam melahirkan […]