MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sokong Akta haramkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada generasi muda

KUALA LUMPUR 25 Julai – Sebagai rakan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen “Generational End Game” (GEG), Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang selaku panelis dalam rancangan ‘Consider This’ di saluran Astro AWANI. Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin bergandingan bersama Profesor Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, bekas Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia bagi […]

Inisiatif Enable OKU galak inovasi kreatif bagi pemerkasaan perkerjaan OKU

KUALA LUMPUR 24 Julai – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi merangkap Presiden Majlis Belia OKU Malaysia telah diundang sebagai juri program ‘Ideathon Challenge’ bertemakan “Memperkasa dan Mengangkat OKU Dalam Segmen Pekerjaan” sempena Expo Kerjaya yang berlangsung di World Trade Centre. Seramai 40 orang belia termasuk OKU terlibat dalam program ini yang […]

Muhd Fazreen dipilih sebagai GPMS Kebangsaan sesi 2021-2024

KUALA LUMPUR 23 Julai – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah mengadakan Persidangan Agung Tahunan kali ke-67 dengan jayanya pada 23-24 Julai 2022 bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Indera Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid turut […]

Pimpinan MBM hadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-49 KNPI

YOGYAKARTA 23 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis sambutan Ulang Tahun ke-49 Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) yang diadakan di Monumen Serangan 1 Maret, Kota Yogyakarta. Turut berlangsung majlis lafaz ikrar Ahli Dewan Pengurus Pusat KNPI bagi penggal 2022-2025 yang diketuai oleh Ketua Umumnya, Sdr. Haris Pertama. Keberadaan MBM di sini […]

Translate »