MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Suku Ketiga Gabungan CSO-SDG Alliance Tahun 2023

Dalam Talian | 4 Oktober – Sdr. Eow Shiang Yen, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Suku Ketiga Gabungan CSO-SDG Alliance Tahun 2023 secara dalam talian. Antara agenda mesyuarat suku ketiga ini ialah perkembangan dalam agenda Beyond GDP, Malaysia CSO SDG Forum dan beberapa perkara yang berkaitan.

Mesyuarat Penyelarasan Program Traning of Trainers: Sekolah Rukun Negara

Putrajaya | 3 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh Setiausaha Agung Sdr. Hasnul Haniff Harun, telah menghadiri mesyuarat penyelarasan program Traning of Trainers: Sekolah Rukun Negara bersama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-LEAD) di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran dan pentauliahan kepada belia sebagai penceramah, […]

Mesyuarat Agung Tahunan MKBBT Negeri Selangor Tahun 2022

KLANG 30 Sep – Tahniah kepada kepimpinan Majlis Kelab Bell Belia Tamil (MKBBT) Negeri Selangor atas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan 2022 bertempat di SJK Tamil, Taman Sentosa Klang. Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Murugapperumal Pillai, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Klang. Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Fazril Saleh telah hadir mewakili MBM. […]

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Asrama Belia Malaysia kali ke-13

KUALA LUMPUR 30 Sep – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) kali ke-13 Tahun 2022 bertempat di Hotel Adamson di sini. Persidangan bagi memenuhi tuntutan Perlembagaan dan Pendaftar Pertubuhan Belia ini dihadiri perwakilan MYHA dari seluruh negara. Terdahulu turut […]

Translate »