Seminar Pengurusan Logistik (Humanitarian Logistics) 2023 anjuran NADMA & UNHRD

SHAH ALAM 26 Sep – Telah berlangsung Seminar Pengurusan Logistik (Humanitarian Logistics) 2023 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama The United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) bertempat di Depot UNHRD Shah Alam. Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai pengurusan logistik antarabangsa yang dilaksanakan oleh UNHRD terutama dari segi kawalan rantaian bekalan (suppy chain […]
RANDEX 2023 perkemas dan perkukuh mekanisme misi bantuan kemanusiaan

PUTRAJAYA 22 Sep – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa telah menghadiri Program Humanitarian In Operations Training dan Rakan NADMA Disaster Emergency Simulation Exercise (RANDEX) 2023 bertempat di Glow Glamping Wetland. Majlis penutup disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana […]
Lawatan ke tapak cadangan pelaksanaan Projek Tanaman Sorghum

KUALA KUBU 21 Sep – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melalui Pengurus Besarnya, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz telah membawa wakil Majlis Belia Malaysia (MBM), Pengerusi Koperasi Usahawan MYOKU Selangor Berhad, Sdr. Asyraf Mahat dan wakil Shahrez Amani Global Sdn Bhd melawat dua tapak cadangan bagi pelaksanaan Projek Tanaman Sorghum iaitu di Kg Gesir Tengah, Kuala […]
MBM-Koperasi MyOKU-SAG Sdn Bhd-YBK bincang kerjasama Projek Penanaman Sorghum

KELANA JAYA 20 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM), Koperasi MyOKU dan Shahrez Amani Global Sdn Bhd telah mengadakan pertemuan dengan pihak Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di pejabat operasinya di Kelana Jaya. Pertemuan ini bagi membincangkan bentuk kerjasama dalam perancangan pelaksanaan Projek Penanaman Sorghum. Sorghum merupakan tanaman yang boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, mempunyai […]