MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Sertai Malaysian Youth Sdg Summit 2026: Practitioner Learning (Roving Workshop)

KUALA LUMPUR 30 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Malaysian Youth SDG Summit 2026: Practitioner Learning (Roving Workshop) yang menghimpunkan organisasi masyarakat sivil, perusahaan sosial, institusi pendidikan, koperasi dan pertubuhan belia bagi berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam membangunkan organisasi yang mampan. MBM diwakili oleh Sdr. Eow Shiang Yen, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM […]

MBM Bawa Perspektif Belia Dalam Bengkel Kumpulan Fokus Kajian Mengenai Rasuah di Malaysia (MACOS)

PUTRAJAYA 30 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Bengkel Kumpulan Fokus Intervensi Kajian Mengenai Rasuah di Malaysia (MaCoS): Menangani Persepsi Rasuah yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan pandangan pelbagai pemegang taruh berhubung faktor yang mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap rasuah. MBM diwakili oleh Eow Shiang Yen, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM. […]

MBM Kendali Temu Anwar, Belia Suarakan Aspirasi Terus kepada Kepimpinan Negara

PAROI, 29 Julai – Buat julung kalinya, Majlis Belia Malaysia telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program Temu Anwar Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi baru-baru ini. Program ini menjadi platform interaksi terbuka yang membolehkan rakyat, khususnya pelajar dan golongan belia, bersemuka secara langsung dengan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. […]

Kunjungan Muhibah MBM kepada DPP Pemuda AMPI Partai Golkar

JAKARTA 25 Julai – Penolong Setiausaha Agung II Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Syahmi Shamsudin, telah mengadakan pertemuan silaturahmi ringkas bersama Sekretaris Jenderal DPP Angkatan Muda Pembaharuan Indonesia (AMPI), Arief Rosyid Hasan, di AMPI Media Center, Jakarta. MBM turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Arief Rosyid Hasan atas pelantikan beliau sebagai Sekretaris Jenderal (Setiausaha Agung) DPP […]

Translate »