MAJLIS BELIA MALAYSIA

10,000 sertai Hari Belia NS hari ini

SEREMBAN 14 Mei 2011 – Seramai 10,000 belia dijangka menghadiri sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, esok. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharuddin Jali memberitahu, majlis yang dijadualkan bermula pukul 9 pagi itu dijangka disertai oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain persatuan-persatuan belia […]

Sambutan Hari Belia Pahang

KUANTAN 13 Mei 3011 – Seramai 10,000 belia seluruh negeri dijangka hadir memeriahkan sambutan Hari Belia Negara di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 bermula hari ini. Pengarahnya, Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru, berkata, bagi menarik minat golongan tersebut terlibat secara aktif dalam bidang sukan, pelbagai acara menarik diaturkan sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung. […]

Program Imam Muda Bistari

KUANTAN 13 Mei 2011– Seramai 40 orang wakil pertubuhan gabungan Majlis Belia Negeri akan menyertai Program Imam Muda Bestari anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pahang di sini selama tiga hari bermula hari ini. Pengarah JBS, Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru berkata, program dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Belia Pahang itu […]

Karnival Usahawan Hari Belia

ALOR SETAR 12 Mei 2011 – Kira-kira 10,000 orang dijangka mengunjungi Karnival Usahawan di pekarangan Stadium Darul Aman yang berlangsung selama dua hari mulai esok. Karnival itu dianjurkan oleh Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kedah bersempena sambutan Hari Belia 2011 peringkat negeri. Bendahari MBN Kedah, Shaharol Niza Omar berkata, […]

Translate »