Kuala Lumpur, 21 September 2012 – Penerbitan filem Innocence of Muslims (IOM) yang terang-terangan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W yang diarahkan oleh pengarah berketurunan Yahudi iaitu Sam Bacile bukan sahaja telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, malah ianya turut dikecam hebat oleh sebahagian besar masyarakat dari seluruh negara. Penayangan filem ini di “youtube” oleh pihak Google telah menyebabkan seluruh rakyat Malaysia bangkit bersama-sama mengutuk tindakan Google walaupun penayangan filem tersebut telah disekat di Malaysia serta di beberapa negara lain terutamanya di negara Islam.
Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama pertubuhan NGO serta beberapa pertubuhan politik yang mempunyai ideologi yang berlainan telah bersepakat mengecam filem tersebut dengan mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah seterusnya menyuarakan kekecewaan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.