‘Kerajaan perpaduan jangan abai harapan belia’ – MBM

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih cakna dan tidak mengabaikan harapan belia dalam membentuk masa depan negara. Penolong Ketua Penerangan MBM, Mohammad Syafiq Ridzwan Jamaluddin, berkata kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta kementerian lain perlu menangani isu membabitkan belia dalam semua aspek. […]
Perbincangan penceramah Bengkel Pemantapan Peranan Organisasi MPBN Peringkat Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA 29 Nov – Jawatankuasa Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Parlimen Belia Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri perbincangan penceramah bagi Bengkel Pemantapan Peranan Organisasi Dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2022. Perbincangan tersebut diadakan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini. Hadir mewakili MBM dalam perbincangan tersebut […]
Kolaborasi MBM-Yayasan Peneraju bantu kebolehpasaran belia berkemahiran

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YP) telah menganjurkan PROKENS Program Intervensi Pra Pekerjaan untuk Penerima Faedah Peneraju Skil pada 25 – 27 November 2022 bertempat di Hotel Emerald Puteri Sungai Petani, Kedah. Program ini merupakan kesinambungan kepada Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Pekerjaan PROKENS yang dilaksanakan oleh MBM sejak 2018 di […]
Ramah mesra Presiden MBM bersama kepimpinan MBN Kedah

SUNGAI PETANI 26 Nov – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri majlis ramah mesra bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Kedah yang diketuai oleh Presidennya, Sdr. Amir Murshidi Dato’ Samsuddin. Turut sama dalam majlis ini, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Amir Syarifuddin Abd […]