Ketua Jabatan Program SKMM kunjungi MBM bincang kerjasama program Malaysia ICT Volunteer

KUALA LUMPUR 16 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Program Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Puan Hashimah Hashim di Wisma MBM. Perbincangan berkisar mengenai cadangan kerjasama untuk menjayakan program Malaysia ICT Volunteer (MIV) di samping beberapa kolaborasi lain yang boleh dilaksanakan. Program berbentuk advokasi ini bertujuan […]
MBM tandatangani perakuan sokongan Kod Sukan Selamat

PUTRAJAYA 15 Mac – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Pelancaran Kod Sukan Selamat bertempat di Podium Menara KBS. Majlis disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua […]
MBM gerakan koordinasi penghantaran bantuan kepada mangsa gempa bumi turkiye

NILAI 15 Mac – Seramai 30 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar Kolej Antarabangsa Murni telah terlibat dalam membantu Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Turkiye melalui gerak kerja logistik pengedaran di ruang gudang Defense Services Sdn Bhd Nilai. Hadir sama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM di samping beberapa wakil NGO seperti Global Peace Malaysia (GPM) […]
Pertemuan MBM-IYRES kongsi hasil penyelidikan dan hub data

PUTRAJAYA 15 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bagi mendengar pembentangan dan perkongsian berhubung hasil penyelidikan dan hub data. Pertemuan ini berlangsung di Menara KBS. Pembentangan disampaikan oleh Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Hadir dalam pertemuan tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, […]