MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan bersama ROY bincang perancangan dan hala tuju pertubuhan belia

PUTRAJAYA 27 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Encik Hasnata Hasan di Menara KBS semalam. Perbincangan ini antara lain membincangkan berkenaan perancangan dan hala tuju pertubuhan belia khususnya diperingkat badan-badan gabungan MBM selaras dengan tuntutan Akta 668 dan Perlembagaan MBM. Hadir sama Presiden MBM, Sdr. […]

HYO terus kekal membela dan mengangkat suara belia India

IPOH 25 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid telah berbesar hati menghadiri Mesyuarat Perwakilan Kebangsaan Malaysian Hindu Youth Council (HYO) kali ke-58 bertempat di Kolej Polytech Mara, Ipoh. Kehadiran Presiden MBM ini menandakan sokongan penuh terhadap usaha-usaha HYO dalam memperjuangkan suara belia komuniti India di negara ini. […]

MPBN Peringkat Negeri Kelantan Sidang ll Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024

KOTA BHARU 24 Ogos – Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan Sidang ll Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024 bertempat di Hotel H Elite Design Kota Bharu. Persidangan telah dipengerusikan oleh Encik Jasri Kasim, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM). Tahniah kepada Majlis […]

Inisiatif deposit Madani bantu belia miliki rumah pertama

KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memperkenalkan inisiatif deposit Madani dengan nilai maksimum RM30,000 kepada pembeli rumah pertama adalah langkah positif dan strategik untuk membantu belia memiliki rumah pertama. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata dari sudut ekonomi, inisiatif itu boleh memberi impak signifikan terhadap kadar […]

Translate »