MAJLIS BELIA MALAYSIA

ABIM Menang Bergaya Tumbangkan MYT MBM Sempena “Sukan Perpaduan, Sukan Untuk Semua”

Nilai, 21 Okt– Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menang bergaya dengan menumbangkan pasukan MyT MBM (Majlis Belia Malaysia) dengan jaringan 5 – 3 dalam Perlawanan Bolasepak Persahabatan sempena “Sukan Perpaduan, Sukan Untuk Semua” dan Muktamar Sanawi kali ke-47 ABIM di sini.

Kemenangan ini juga membolehkan ABIM membalas kekalahan kepada pasukan MyT MBM dalam perlawanan sebelumnya.

Presiden ABIM dalam ucapan sebelum perlawanan berkata, “program ini merupakan permulaan dan akan diadakan lebih banyak lagi dalam mengeratkan silaturahim dan perpaduan antara rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli gerakan belia”.

Antara kepimpinan MBM yang turun beraksi di padang Kompleks Sukan USIM ini ialah Jufitri Joha, Presiden MBM, Hasnul Hanif Harun, Setiausaha Agung MBM, Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM dan Muhamad Abu Kadir. Turut serta mantan Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup dan mantan Penolong Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri.

Kegarangan pasukan ABIM dapat disaksikan sejak awal permainan dengan menguasai perlawanan dan serangan pantas yang menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan 3 – 1.

Antara acara sukan lain yang diadakan sempena karnival sukan ini ialah futsal, bola jaring, bola tampar dan berbasikal selain perlawanan bolasepak persahabatan ini,

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan!

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »