Kunjungan Hormat kepada Duta Malaysia di Jordan

Pada 16hb Disember 2012, delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdra Mohd Sukor Mohd Yusoff telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Mulia, Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malik Abdul Aziz di kediaman beliau. Pertemuan ini juga turut dihadiri oleh Prof Madya Dr. Azidan, Pengarah Education Malaysia Jordan (EMJ). Di dalam ucapan alu-aluannya, Sdra […]
Misi Keamanan Sejagat ke Tebing Barat

Amman – 15 Disember 2012 : Rombongan Majlis Belia Malaysia dengan misi Belia dan Keamanan Sejagat diteruskan lagi pada hari berikutnya dengan misi memasuki Tanah Palestin melalui laluan Jambatan Raja Hussin. Berbekalkan semangat dan kesungguhan untuk melihat sendiri keadaan masyarakat Palestin diiringi doa dan tawakkal agar perjalanan dipermudahkan Perjalanan ke Palestin bermula seawal pagi melintasi […]
Delegasi MBM kunjungi pelajar Malaysia di Jordan

14 Disember 2012, Amman Jordan – Keamanaan untuk sejagat merupakan misi utama 30 orang delegasi dari Majlis Belia Malaysia dalam rangka lawatan kerja ke Negara-negara timur tengah iaitu Jordan, Palestin, Mesir dan Turki. Delegasi yang diketuai oleh Sdr. Mohd Sukor Hj Yusof, Timbalan Presiden MBM bersama exco serta DT MBM telah berlepas ke timur tengah […]
Kursus transformasi lahirkan sukarelawan berkemahiran

Alor Gajah, Melaka, 7 November 2012 – Bagi melahirkan aktivis sukarela yang mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja kesukarelaan, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah mengadakan Kursus Transformasi Sukarelawan Peringkat Zon Selatan pada 7–9 Disember 2012 bertempat di Kem Permata Resort, Air Paabas, Alor Gajah, Melaka. Ia merupakan siri ketiga […]