MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat kepada Duta Malaysia di Jordan

Pada 16hb Disember 2012, delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdra Mohd Sukor Mohd Yusoff telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Mulia, Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malik Abdul Aziz di kediaman beliau. Pertemuan ini juga turut dihadiri oleh Prof Madya Dr. Azidan, Pengarah Education Malaysia Jordan (EMJ).

Di dalam ucapan alu-aluannya, Sdra Mohd Sukor merakamkan ucapan ribuan terimakasih MBM atas kesudian YM TYT Dato’ Abdul Malik menerima kunjungan hormat delegasi ini dan menyampaikan salam Saudara Mohd Maliki, Presiden MBM. Di awal ucapannya, Sdra Mohd Sukor memperkenalkan satu persatu ahli-ahli delegasi yang terdiri daripada exco-exco MBM dan ahli badan-badan gabungan MBM yang datang daripada pelbagai bidang dan dari setiap pelosok negara serta wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Saudara Zurihanmi.

Tujuan utama lawatan MBM ini yang bertemakan “Misi Keamanan Sejagat” dijadikan kunci kepada ucapan alu-aluan beliau yang juga menyentuh matlamat misi untuk mempelajari dan mengenali secara terus keadaan dan situasi di Timur Tengah ini secara dekat. Aktiviti-aktiviti yang terbabit adalah seperti kunjungan kepada Duta-duta Malaysia di setiap negara yang dilawati, dialog-dialog dengan pelajar (dan persatuan pelajar), pertemuan dengan NGO-NGO di negara berkenaan yang berkaitan dengan belia serta melawat tempat-tempat menarik. Bagi golongan belia di luar negara, MBM juga ingin memperkenalkan Sahabat MBM yang berfungsi sebagai sayap MBM dalam aktiviti-aktiviti kesukarelaan dan yang berkaitan dengan matlamat penubuhan MBM.

YMTYT Dato’ Abdul Malik memulakan ucapannya dengan ucapan penghargaan kepada delegasi MBM ini kerana sudi datang ke rumah beliau. Beliau amat berharap lawatan dan hubungan dengan MBM ini bukan yang pertama dan terakhir. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran wakil Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM) yang dapat membantu pejabat kedutaan dalam merapatkan hubungan di antara Malaysia dan Jordan.

 

Beliau memulakan ucapan seterusnya dengan menerangkan demografi ringkas Jordan; Penduduk Jordan seramai 6 juta yang 50% daripadanya ialah bangsa Palestin dan selebihnya adalah Arab badwi. Daripada jumlah keseluruhan penduduk Jordan, 60 – 70 peratus adalah terdiri daripada golongan muda. Rakyat berbangsa Arab Badwi menguasai sektor Kerajaan manakala rakyat berbangsa Palestin menguasai bidang-bidang komersil. Jordan akan mengadakan pilihanraya pada 23 Januari bagi memastikan reformasi politik dan seterusnya reformasi ekonomi dapat berjalan lancar.

 

Jordan adalah sebuah negara yang prihatin dan banyak membantu negara-negara Arab yang bergolak dengan sentiasa mengamalkan konsep “pintu terbuka / open door policy”. Untuk pergolakan yang berlaku di Syria, Jordan telah memberikan suaka politik dan bantuan kepada 600,000 pelarian dengan lebih daripada 4000 pusat bantuan.

Waalupun berlakunya satu demonstrasi beberapa minggu lepas oleh rakyat Jordan berikutan pengurangan subsisdi minyak, situasi politik di Jordan masih lagi stabil. Ini berikutan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh IMF untuk memperbaiki ekonomi Jordan yang merupakan net importer dan defisit perbelanjaan menjangkau 5 billion setahun.

Terdapat seramai 3042 orang pelajar Malaysia yang berada di Jordan mengikuti jurusan pengajian Islam dan perubatan (termasuk pergigian) serta dalam jurusan sains yang menduduki 5 buah universiti. Manakala, terdapat 800 pelajar Jordan pula sedang menduduki pengajian pasca-ijazah di Malaysia. Persatuan pelajar di Jordan pula dinaungi oleh sebuah Perwakilan Pelajar yang mewakili 17 wakil persatuan daerah Jordan / negeri Malaysia dan 4 buah NGOs. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk memberikan bantuan kepada pelarian Syria dan program korban sempena aidiladha. Di kalangan pelajar-pelajar yang berada di Jordan ini, pelajar Malaysia diiktiraf dan dikenali sebagai model/contoh kepada pelajar-pelajar lain dari segi kecemerlangan akademik dan sahsiah. (Kedutaan Malaysia di Jordan diertanngungganjawabkan untuk urusan diplomatik di 3 buah negara – Jordan, Iraq dan Palestin manakala EMJ pula dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ehwal pelajar di 7 buah negara)

Konsep yang akan diterapkan kepada pelajar-pelajar :-

  • · Tumpuan kepada nilai keusahawanan
  • · Promosi produk Malaysia di Jordan
  • · MBM/KBS menghantar kepakaran untuk membantu aktiviti pelajar di Jordan

Sessi Dialog

1) Kedudukan wanita di Jordan (Haryati)

Jordan mengamalkan dasar yang baik dan adil untuk golongan wanita di Jordan melalui konsep wasatiyyah yang diperkenalkan dan Kerajaan Jordan juga memberikan peluang yang adil untuk golongan wanita menduduki Parlimen dan menyandang jawatan di sektor-sektor awam.

2) Keterlibatan dan Program Khusus untuk wanita (Haryati)

Di Jordan, pelajar wanita adalah 55% daripada jumlah pelajar di Jordan dan sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan selain bergerak aktif dalam komuniti yang mereka duduki/ tinggal.

3) Jenis-jenis keusahawanan dan produk-produk yang boleh dipasarkan di Jordan (Haryati)

YM TYT mencadangkan supaya sebuah entiti yang berbentuk koperasi ditubuhkan dan produk-produk yang boleh dipilih ialah produk berkaitan keperluan-keperluan harian pelajar. Berkenaan produk-produk lain untuk pemasaran umum di Jordan, usahawan-usahawan yang berminat perlu berbincang lanjunt dengan MATRADE.

4) Kesedaran dan Peluang-peluang mengundi pelajar di Jordan (Ku Iskandar)

Isu ini ditimbulkan oleh pelajar semasa sessi dialog beberapa hari lepas – YM TYT memaklumkan bahawa 2 orang pegawai telah dilantik sebagai agen SPR dan perkara ini telah dimaklumkan kepada semua pelajar di setiap pertemuan dan kesempatan berssama pelajar yang diadakan. Pihak Kedutaan dan EMJ juga selalu mengingatkan pelajar tidak berlebih-lebih dalam isu-isu kepolitikan dan menumpukan kepada matlamat utama mereka ke Jordan, untuk menimba ilmu pengetahuan selain menanamkan semangat bersatupadu dan bersikap positif. Pihak Kedutaan dan EMJ mengamalkan konsep “MESRA PELAJAR”.

5) Penerangan dasar-dasar Kerajaan kepada pelajar (Nor Akmal Ibos)

Seperti dalam perkara 4, Pihak Kedutaan dan EMJ mengambil peluang memaklumkan dasar-dasar Kerajaan semasa aktiviti-aktiviti bersama pelajar. Pelajar-pelajar pun akan dijemput untuk menghadiri progam yang melibatkan pakar atau program-program bertemu pemimpin/organisasi dari Malaysia. Pihak Kedutaan dan EMJ lebih menitiberatkan kepada isu kepimpinan dan softskill lain bagi membina sahsia pelajar.

6) Isu-isu Palestin – peranan Malaysia dan pendekatan negara-negara Arab sekitarnya (Rozamir)

  • · Perjuangan rakyat Palestin menentang pendudukan Israel sudah menjangkau 6 dekad (sejak 1947).
  • · UN hanya mengiktiraf Israel dan memberikan status pemerhati kepada Palestin.
  • · Atas desakan dunia (termasuk bekas sekutu baratnya seperti Perancis), Israel menjadi semakin terdesak dan bimbang akan keputusan jenayah perang oleh ICJ.
  • · Perkara asas yang paling penting ialah perpaduan di antara HAMAS dan FATAH. FATAH yang agak selesa di tebing barat dan HAMAS yang tidak henti-henti menyerang Israel secara kecil-kecilan menjadikan bangsa Palestin sukar untuk bersatu bebas daripada cengkaman Israel.
  • · Negara-negara Arab memainkan peranan masing-masing membantu Palestin dari segi logistic dan kewangan.
  • · Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang amat vokal memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan perlu berterusan dan konsisten.

 

Program ditangguhkan pada pukul 10 malam.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »