MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ziarah Sentuhan Kasih

Kuala Lumpur, 9 Januari 2014 – Ziarah Sentuhan Kasih MBM di bawah Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) hari ini mengadakan lawatan bertemu 3 buah keluarga yang memerlukan bantuan segera. Antara bantuan yang telah  disalurkan adalah bantuan keperluan harian, makanan serta sumbangan wang tunai bagi meringankan beban keluar tersebut.

1) Taman Melawati – sebuah keluarga yang mempunyai 6 ahli keluarga hidup di sebuah bilik kecil dgn meneruskn kehidupan hanya meminta sedekah…

2) Bertemu sebuah keluarga yg mempunyai 5 orang anak yang telah 2 minggu tinggal di bawah tangga Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, akibat tidak mampu membayar duit sewa rumah hampir 4 bulan dan keluarga ini juga dilihat tidak mampu membeli makanan harian. Kita akan cuba sebaiknya membantu agar keluarga ini didahulukn oleh pihak DBKL untuk  menerima rumah PPRT.

3) Melawat adik Nur Khatijah yg beritanya tersiar di dada akhbar bahawa atuknya telah mendaftar dia ke sekolah dengan membawa duit syiling utk membayar yuran. Dia tinggal bersama atuk dan nenek kerana ibu telah meninggal dunia dan ayah bekas penagih dadah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »