MAJLIS BELIA MALAYSIA

Youth Leadership Engagement & UN Friendship

MBM telah mengambil inisiatif untuk menggiatkan para belia dengan program-program antarabangsa yang mana sekaligus dapat mendedahkan belia dengan tatacara hubungan antarabangsa.

Penganjuran Program Malaysia-US: Youth Leadership Engagement & UN Friendship dari 5 hingga 19 Ogos 2013 di Amerika Syarikat telah melibatkan 18 orang belia pelbagai kaum mewakili badan-badan gabungan MBM yang telah dipilih berdasarkan penulisan esei tentang isu-isu antarabangsa, ujian personaliti dan sesi temuduga.

New York – Penyertaan belia MBM dalam 12th Youth Assembly di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) secara tidak langsung telah mendedahkan belia dengan hala tuju pembangunan belia antarabangsa melalui konsep Millennium Development Goals (MDG). Tema Youth Assembly pada tahun ini ialah On the Road to Actions yang mengketengahkan pula konsep kelangsungan MDG melalui Sustainable Development Goals (SDG). Antara panel yang hadir ialah Simona Miculescu, Perwakilan Tetap Romania ke PBB, Ahmad Alhendawi, Utusan Khas Belia ke PBB, Palitha T.B. Kohona, Perwakilan Tetap Sri Lanka ke PBB, dan panel-panel dari NGO lain yang memberi inspirasi kepada belia setempat dan antarabangsa. Sepanjang 3 hari menyertai Youth Assembly, belia MBM dapat bergaul dan melebarkan jaringan perhubungan disamping melibatkan diri dalam bengkel-bengkel perbincangan dan lain-lain aktiviti yang diadakan.

Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hussein Haniff juga telah meluangkan masanya untuk bertemu dengan belia MBM bagi menerangkan peranan dan misi Malaysia dalam pentas global. Sesi dialog turut diadakan dengan diplomat-diplomat Malaysia yang bertanggungjawab dalam mewakili Negara dalam hubungan pelbagai hala dengan Negara-negara PBB.

Washington DC – Belia MBM telah diberi kesempatan untuk bertemu dengan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Othman Hashim dan mendengar penerangan tentang tanggungjawab dan kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Amerika. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pengarah Education Malaysia, Dr Posiah Mohd Isa.

Lawatan di sekitar Washington DC telah digunakan sebaik mungkin oleh belia MBM untuk melawati tempat-tempat bersejarah seperti White House, Lincoln Memorial, Library of Congress, dan muzium-muzium. Di samping itu, di New York, belia MBM berkesempatan untuk mengunjungi 9/11 Memorial, Statue of Liberty, Empire State dan Wall Street.

Kesimpulannya, program ini sekaligus telah dapat memupuk jati diri dan keyakinan belia untuk meletakkan diri separa dengan belia dari Negara-negara lain. Hasilnya, Pelan Tindakan untuk misi pengantarabangsaan belia di Malaysia turut dirangka untuk pemantapan belia setempat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »