MAJLIS BELIA MALAYSIA

Wujud generasi muda ASEAN

Malaysia komited mewujudkan komuniti ASEAN yang generasi mudanya berkongsi perasaan, identiti dan hala tuju strategik yang sama bagi memastikan keamanan serta kestabilan rantau ini terus terjamin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata suasana aman di Asia Tenggara berjaya menarik pelaburan asing ke Malaysia dan negara jiran lain, sehingga membolehkan rantau ini memainkan peranan dalam isu serantau.

Satu masyarakat

Katanya, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula tahun depan berhasrat melahirkan satu masyarakat di bawah pertubuhan serantau yang lebih kukuh dikenali sebagai komuniti ASEAN.

“Tiga sumbangan utama ASEAN adalah keamanan, kemakmuran dan kestabilan geopolitik. Ahli komuniti ASEAN perlu merasai rantau ini adalah hk bersama selain memastikan proses pembangunan setiap negara berterusan.

“Justeru, ASEAN perlu memberi penekanan kepada aktiviti membabitkan belia bagi mengeratkan hubungan golongan itu seterusnya melahirkan semangat Asia Tenggara yang sentiasa bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Makanan dan Kebudayaan sempena sambutan Hari ASEAN 2014, di sini semalam.

Muhyiddin berkata, Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku badan induk pergerakan belia di negara ini perlu memainkan peranan lebih besar melalui jaringan badan belia serantau diketuai oleh Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN (CAYC) dengan memberi fokus kepada isu kepimpinan dan kesukarelaan.

Peranan NGO
“Kerajaan meletakkan kepercayaan dan harapan terhadap MBM dalam memainkan peranan penting dan aktif bagi menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO) serta merapatkan hubungan generasi muda serantau.

“Usaha itu adalah bagi menepati hasrat Malaysia yang mahu melaksanakan gagasan ‘ASEAN Berteraskan Rakyat’ yang bertujuan menjadikan rantau ini sebagai tempat selesa kepada semua rakyatnya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kejayaan bersama yang dicapai ASEAN dapat merapatkan jurang pembangunan dan mengukuhkan proses intergrasi melalui perkongsian matlamat sama.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »