KELANTAN 5 Dis – Sempena Hari Sukarelawan Sedunia, Majlis Belia Malaysia bersama Persatuan Kebajikan Radio Amatur Malaysia (KRAM) turun kelapangan bagi mengagihkan bantuan awal berupa kotak makanan asas kepada mangsa banjir di beberapa daerah di negeri ini.
Misi bantuan atas nama ‘Jalinan Kasih Prihatin’ ini digerakkan dengan bantuan lima jentera pacuan empat roda (4X4) serta 15 orang sukarelawan.
Setakat ini, sebanyak 100 pek bungkusan makanan keperluan asas telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa kampung terbabit di Rantau Panjang, Pasir Mas dan lain-lain.
Misi agihan bantuan ini akan diteruskan ke beberapa lokasi bencana banjir di negeri ini.
MBM mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kerjasama yang telah sama-sama membantu menggerakkan misi ini.
Sama-sama kita doakan semua mangsa banjir selamat dan dipermudahkan segala urusan.