MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM raikan kepimpinan belia India sempena Deepavali

KUALA LUMPUR 27 Okt – Sempena perayaan Deepavali tidak lama lagi, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Majlis Minum Petang bersama Kepimpinan Belia India bagi meraikan rakan-rakan pimpinan belia beragama Hindu bertempat di Restoran Spice Garden, Brickfields.

Majlis ini dihadiri pemimpin utama pertubuhan India gabungan MBM antaranya Presiden Malaysian Hindu Youth Council, Sdr. Ananthan Subramaniam; Presiden MIYC Kebangsaan – மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம், Sdr. Dhanesh Basil; Presiden Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia, Sdr. Murugan Maniam bersama ahli-ahli kepimpinan masing-masing.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dalam ucapannya berharap kepimpinan sedia aada terus menabur khidmat bakti kepada komuniti masing-masing dan dalam masa sama mengkekalkan silaturahim (hubungan) yang terjalin.

Hadir sama Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Presiden MAYC Kebangsaan, Sdr. Mohd Al-Hafizi Abu Bakar; Exco MBM, Sdr. Nor Syawaluddin Abdul Malik dan Jessy Ng.

Selamat Menyambut Pesta Cahaya Deepavali kepada semua masyarakat India. “Deepavali Nal Valthukal

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »