KUALA LUMPUR 1 Sep – Telah berlangsung majlis penutup program Youth Summer Camp 2024 (YSC) anjuran Pertubuhan Pemimpin Sukarelawan Malaysia (YOSH) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC).
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah IYC.
Hadir sama Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Syed Osman Mohamed.
Penyertaan YSC kali ini disertai peserta-peserta dari matrik dan asasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Program ini merupakan sebuah inisiatif persediaan kepada bakal pelajar universiti untuk menjadi pemimpin yang terbimbing dan membimbing. Program berlangsung selama 7 hari bermula pada 26 Ogos hingga 1 September 2024.
Antara penekananan yang ditekankan meliputi aspek kepimpinan keusahawanan, kerohanian dan kesukarelawanan. Program turut dijayakan bersama dengan penglibatan pelbagai pihak antaranya MBM, IYC, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Keusahawanan Negara, Polis DiRaja Malaysia, Universiti Putra Malaysia, MyVenture Capital dan MyFundAction.
Tahniah kepada semua peserta. Semoga usaha ini dapat meningkatkan lagi keyakinan dan menerokai lebih banyak pengalaman untuk menjadi insan hebat!