MAJLIS BELIA MALAYSIA

HYO terus kekal membela dan mengangkat suara belia India

IPOH 25 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid telah berbesar hati menghadiri Mesyuarat Perwakilan Kebangsaan Malaysian Hindu Youth Council (HYO) kali ke-58 bertempat di Kolej Polytech Mara, Ipoh.

Kehadiran Presiden MBM ini menandakan sokongan penuh terhadap usaha-usaha HYO dalam memperjuangkan suara belia komuniti India di negara ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Presiden HYO, Sdr. Ananthan Subramaniam dan barisan kepimpinannya yang kekal konsisten memimpin dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi.

Konsistensi barisan kepimpinan di bawah nahkoda beliau dalam menyuarakan kepentingan dan kebajikan belia komuniti Hindu adalah sesuatu yang wajar diteladani pimpinan belia yang lain.

Semoga kepimpinan HYO terus kekal membela dan mengangkat suara belia India demi kemajuan. Kami di MBM sentiasa menyokong penuh segala inisiatif positif yang dibawa, demi memastikan belia kita terus maju dan bersatu.

Terima kasih dan tahniah di atas segala pencapaian yang telah diraih dan kekal terus membela belia!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »