MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Pemantapan dan Peranan Organisasi Dalam MPBN Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 4 Dis – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri majlis penutup Bengkel Pemantapan dan Peranan Organisasi Dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Wilayah Persekutuan 2022.

Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani bertempat di Hotel Tamu di sini.

Bengkel selama 3 hari ini dihadiri Jawatankuasa Tertinggi Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP), Majlis Belia Kawasan Wilayah Persekutuan Labuan (MBL) dan Majlis Belia Putrajaya (MBP).

Di akhir program, bengkel ini berjaya menghasilkan draf cadangan garis panduan pelaksanaan MPBN Wilayah Persekutuan.


Hadir sama Encik Asmori Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Encik Mohamad Syahffie Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dan Sdr. Naseer Mohamed, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).


Tahniah belia Wilayah!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »