Petaling Jaya | 25 November – Majis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Exco , Sdr. Eow Shiang Yen telah menghadiri Program Perundingan bersama Masyarakat Sivil Mengenai Rangka Kerja Kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (PBB) 2026-2030 bertempat di Hotel Sheraton.
Program tersebut dianjurkan oleh Pasukan Negara PBB di Malaysia [UNCT] bagi tujuan membincangkan kemas kini mengenai proses Rangka Kerja Kerjasama 2026-2030.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai cabaran pembangunan utama seperti yang dikenal pasti dalam Analisis Negara Bersama (CCA), membentangkan keutamaan strategik Rangka Kerja Kerjasama 2026-2030 dan mengumpul dapatan pemegang taruh bagi memastikan penjajaran dengan rangka kerja pembangunan negara seiring agenda matlamat pembangunan mampan (SDG).
Hadir menyampaikan ucapan perasmian serta membentangkan Rangka Kerja Kerjasama Malaysia-UN 2026-2030, Tuan Karima El Korri ; Penyelaras Residen UN di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.