KLANG 23 Julai – Explorace Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Taman Rakyat, Sri Andalas Klang.
Program anjuran Majlis Belia Selangor Daerah Klang, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama Agensi Antidadah kebangsaan Daerah Klang, PEMADAM Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah ini menfokuskan kepada pelaksanaan program intervensi dalam usaha mengurangkan keterlibatan belia dalam isu serta permasalahan sosial.
Majlis pelepasan explorace disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, YB Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Manakala majlis penutup dirasmikan oleh Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Syed Osman Mohamed.
Tahniah kepada kepimpinan MBD dan PBSD Klang!