The International Youth Organization Forum and 2013 Beijing Sister City Youth Camp telah dianjurkan oleh Gabungan Belia Beijing dan Pejabat Luar Negeri, Majlis Perbandaran Beijing dengan kerjasama dan sokongan dari University of International Business And Economics (UIBE) dan Peking University. dengan tujuan untuk membina jambatan persahabatan, memahami perbezaan budaya dan mengeratkan persefahaman dan kerjasama antara organisasi belia terlibat.
Dengan tema ‘ Youth, gives the city more vitality’, program yang berlangsung dari 20 hingga 25 Oktober 2013 ini melibatkan lebih 100 orang belia dari 26 negara dari Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat.
Majlis Belia Malaysia yang diwakili oleh Sdri Syafiqah Abdul Rahim telah membentangkan tajuk ‘Malaysian Youth in Adapting to and Integrating with the City: Culture and Values’ yang membincangkan tujuan belia Malaysia berhijrah ke bandar, dan peranan keupayaan mengadaptasi, budaya dan nilai dalam mencorak sumbangan orang muda kepada pembangunan sesuatu bandar.
Selain dari forum utama, program ini turut dipenuhi dengan Perbincangan Projek untuk Organisasi Belia Antarabangsa, Kem Pertukaran Belia Antarabangsa dan bengkel mengenai Pembangunan Hijau. MBM juga telah menerima satu pokok di 2013 International Garden Expo Beijing sebagai simbolik menjaga kehijauan alam.
Majlis penutup yang disempurnakan oleh Naib Presiden Gabungan Belia Beijing, pihak penaja, MBM bersama 30 organisasi belia yang lain dengan menandatangani Deklarasi ‘Beijing Sister Cities Youth’ dengan cop logo organisasi masing-masing, seterusnya memperkukuhkan lagi komitment dan usaha untuk pembangunan belia dalam masyarakat.