ALOR SETAR 27 Februari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah hadir menyampaikan syarahan bertajuk “Mengilhamkan Inspirasi Menyerlahkan Potensi” kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar di bawah kelolaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Peluang ini juga merupakan sebahagian inisiatif MBM mendekati kelompok belia Tahfiz apatah lagi dalam usaha merealisasikan penubuhan Majlis Belia Tahfiz tidak lama lagi.