MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sukarelawan MyVOC 4×4 bersedia menghadapi banjir

Bera, 2 Oktober 2015 – Banjir besar yang melanda negeri Pahang pada hujung 2014 telah memberi kesan yang besar kepada rakyat khususnya di daerah Bera. Kebanyakkan agensi kerajaan di Bera tidak dapat menghulurkan bantuan sewajarnya disebabkan bencana ini berskala besar. Prihatin dengan nasib penduduk yang dilanda banjir, sekumpulan penggiat 4×4 tampil menghulurkan bantuan dalam usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan.

Sedar tentang bencana yang mungkin berulang, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan penggiat 4×4 Bera telah bersepakat menubuhkan skuad MyVOC 4×4 Bera bagi menghadapi bencana banjir dengan lebih tersusun dan teratur. Skuad ini telah dilancarkan oleh YB. Dato’ Norol Azali bin Sulaiman, Exco  Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang di Majlis Perasmian Kursus Asas 4×4 Peringkat Negeri Pahang dan Majlis Pelancaran MyVOC 4×4 Bera yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, Pahang pada jam 3 petang hari ini anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan Majlis Belia Daerah Bera. Sebanyak 60 buah kenderaan 4×4 telah mendaftarkan diri untuk bersama-sama skuad MyVOC 4×4 yang akan dikendalikan oleh Sdr. Othman Man. Pada majlis ini juga, sukarelawan yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan banjir turut diraikan.

Turut sama dalam majlis pelancaran ini Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Timbalan Presiden MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »