MAJLIS BELIA MALAYSIA

Srikandi Pelapis Negara

Hulu Langat, 15 Oktober 2017 – Skuad MIB 300 merupakan sebuah ilham MBM dalam menyediakan sekurang-kurangnya 300 pemimpin muda menjelang 2018 yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Latihan & Kepimpinan Majlis Belia Malaysia. Ia selari dengan Dasar Belia Malaysia  yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Mei 2015 lalu di mana had umur belia di antara 15-30 tahun menjelang 2018.

Bagi mencapai sasaran tersebut, Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Skuad MIB 300 Srikandi Majlis Belia Malaysia pada 13 hingga 15 Oktober 2017 di Photon Valley Eco Resort. Seramai 24 orang peserta yang melibatkan beberapa badan gabungan MBM seperti Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Persekutuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis Belia Selangor, dan juga Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Kursus pada kali ini menfokuskan kepimpinan wanita dalam organisasi belia. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Asfalinda Anuar, Naib Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Latihan & Kepimpinan MBM merangkap Penolong Setiausaha Agong MBM.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »