Kuala Lumpur, 19 April 2011 – Seseorang belia yang ingin berjaya dalam kepimpinannya perlu melalui proses latihan yang hanya boleh diperolehinya dari pergerakan belia yang wujud di peringkat akar umbi lagi. Jika ianya gagal memimpin pergerakan di kawasannya, maka seseorang itu sukar untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi memberi pendedahan mengenai pergerakan belia, Lembaga Pengawas SMK Anderson Ipoh yang terdiri dari 40 orang pengawas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Belia Malaysia (MBM) pada jam dua petang dan disambut mesra oleh Sdr. Hasnul Fairuz b Hushin Amri, Ketua Penerangan MBM. Selain mendedahkan pengawas-pengawas SMK Anderson dengan aktiviti belia, Sdr. Hasnul juga turut menyampaikan ucapan bagi meningkatkan lagi motivasi mereka. Taklimat yang diadakan secara santai ini berjaya menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan Sdr. Hasnul tanpa rasa malu.