28 Dis 2014, Kelantan – Skuad AKRAB MBN Johor dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bergerak ke hospital di daerah-daerah yang terjejas seperti Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang untuk menghantar bekalan makanan dan barangan keperluan di hospital-hospital berkenaan. Konvoi disertai oleh 30 orang belia Negeri Johor.