23 Mei 2014 (Putrajaya)
Golongan belia yang pernah di anggap tercicir jika diberi peluang kedua dalam aliran kemahiran, pastinya akan membuahkan hasil yang terpuji dan dibanggakan. Ini kerana bakat dan potensi mereka di gilap dan diletakkan di tempat sewajarnya.
“Menerusi Program 1Belia 1Kemahiran anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), nasib dan masa depan golongan belia tercicir di perjuangkan secara konsisten. Ini kerana semua pemimpin belia di MBM sedar dan insaf bahawa semua orang ada mimpinya sendiri. Tidak kira mimi itu kecil atau besar, sebagai pemimpin belia kita harus bantu kumpulan ini untuk merealisasikan mimpi itu. Bahkan, golongan ini juga ada hak untuk mendapat pelluang kedua,” kata Saudara Mohammad Rizan Hassan, Exco MBM merangkap Ketua Sekretariat 1B1K-MBM.
Karnival 1B1k-SkillMalaysia anjuran bersama MBM dan Jabatan Pembangunan Kemahiran bersempena Festival Belia Putrajaya 2014 menjadi platform penting para belia berkemahiran menonjolkan bakat, potensi dan kreativiti kemahiran masing-masing menerusi segmen Demo Pelatih Kemahiran.
Pelbagai demo kemahiran di persembahkan seperti masakan tempatan dan antarabangsa, pembuatan kek dan pastri, persolekan dan andaman, pertunjukan fesyen, teknologi mekatronik dan automasi industri, teknologi perkomputeran, kemahiran dandanan rambut dan banyak lagi. Turut di adakan ialah perkongsian pengalaman ikn-ikon belia berkamhiran yang berjaya mendapat pekerjaan yang bagus dan yang pernah mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa. Taklimat peluang pekerjaan dalam industri pelancongan turut di adakan.
Demo Pelatih Kemahiran ini mendapat perhatian dari pengunjung yang membanjiri tapak karnival ini sepanjang 3 hari berlangsung. Diangarkan seramai lebih 100,000 orang singgah di karnival ini seterusnya ke tapak acara lain sepanjang festival Belia Putrajaya berlangsung.