MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sinergi Belia Prihatin MBN Perak memasuki fasa ketiga

31 Dis 2014 – Majlis Belia Negeri Perak telah mengerakkan Majlis-majlis Belia Daerah di Negeri Perak untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu. Misi yang memasuki fasa 3 menumpukan kepada gerakan skuad Pasca Banjir telah mula dipersiapkan.

Mesyuarat Penyelarasan Pasca Banjir JBS Perak & MBN Perak telah membincangkan penyediaan sukarelawan MBN & JBS di negeri Perak. Persetujuan telah di buat mengenai penggiliran bersama dalam menyusun pergerakan sukarelawan yang berpusat di JBS. MBN Perak ditugaskan untuk penyelarasan sukarelawan manakala JBS bertindak mengenalpasti rumah dan tempat awam yang perlu kepada pembersihan segera.

Pada masa yang sama, Pengerusi-pengerusi MBD di Kg Gajah, Manjung, dan Selama telah menyerahkan bantuan barangan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah mereka.

IMG-20150101-WA0065  IMG-20150101-WA0064 IMG-20150101-WA0077 IMG-20150101-WA0068 IMG-20150101-WA0069 IMG-20150101-WA0070

 

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »