28/12/2014 – Skuad Misi Belia Prihatin MBM-KBS-MBN Perak dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Perak, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya telah bergerak ke sekitar Perak untuk menghantar barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir.
30 buah kenderaan 4wd dan 3 buah lori telah memulakan pergerakan seawal jam 10 pagi dengan bantuan pihak PDRM. Skuad telah dilepaskan oleh YB Dato Hjh Rusnah Kassim, Exco Kebajikan, Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di JBSN Perak. Turut serta ialah Sdr Mohd Azhari Mohammad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Sdr Hairul Anwar Mohamed Noor, Ketua Pemuda Negeri Perak dan Sdr Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM.
Perjalanan skuad telah bermula dari JBSN Perak ke Sg Siput dan Kuala Kangsar seterusnya ke Lenggong,Parit, dan berakhir di Kg Gajah.
Antara pusat-pusat pengumpulan yang terlibat untuk penyerahan sumbangan ialah Wisma UMNO Sg Siput, Bangunan MIC Bhg Kuala Kangsar, Mukim Penghulu Blanja dan Dewan Orang Ramai Bota (2018 mangsa), Sek Keb Lenggong (773 mangsa), Kolej Felcra Seberang Perak (317 mangsa).
Misi berakhir pada jam 8 malam.