KUALA LUMPUR 14 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Kesukarelaan dan Belia Mahir mengadakan Sidang Meja Bulat (RTD) : “Jaringan Gerak Kerja Kesukarelaan MBM bersama Rakan Strategik” bagi mendapatkan input dari NGO-NGO dan agensi berkaitan dalam gerak kerja kesukarelaan di Malaysia.
Pada masa sama, MBM mengadakan majlis pelancaran ringkas logo Relawan MBM dan Tabung Relawan MBM sebagai penjenamaan semula kepada program pembangunan sukarelawan MBM.
RTD ini dipengerusikan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun merangkap Pengerusi Biro.
Antara wakil NGO yang hadir dari Malaysia Relief Agency (MRA), IMPACT Malaysia, Malaysia Humanitarian Movement (MHM), Alumni MyCorps, The Kalsum Movement, MOVE, Volunteer Trip Malaysia, Sukarelawan Siswa dan gabungan MBM.
Turut hadir Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Exco MBM, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim dan Sdri. Nazira Roslee.