Penganjuran kali kedua Pertandingan Your Action Project telah berlangsung bermula pada 1 April 2015 secara atas talian.
Pada tahun ini, peserta dimestikan untuk mengadakan Project Showcase di Festival Belia Putrajaya pada 23 dan 24 Mei 2015 di Putrajaya sebagai memenuhi keperluan pertandingan. Project Showcase ini dirancang sebagai medium mempromosi projek-projek kepada orang ramai selain dapat meningkatkan keyakinan peserta untuk berinteraksi dan mendapatkan input bagi penambahbaikan projek.
Pada 16 Jun 2015, 5 projek telah dipilih ke sesi temu duga YAPC yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Panel penilai terdiri daripada i) Sdr Hasnul Haniff Harun, Exco MBM ii) Pn Sofia Aniza Shafiei, Pegawai Eksekutif Kanan IYC dan iii) Sdr Ahmad Naim Jaafar, Pengasas Young Innovators’ Studio.
5 projek tersebut ialah:
a) Fast Track
b) Green Water Pump
c) Kelas Laskar Pelangi Semarak
d) Golden Bee
e) Alat Bantu Mengajar Orang Pekak/ Cacat Pendengaran