MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035

PUTRAJAYA 24 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini terlibat dalam Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 di Putrajaya International Convention Centre.

Sesi Libat Urus bersama kumpulan pelaksana ini dianjurkan oleh KBSMalaysia melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dalam rangka membangunkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035.

Pembangunan pelan ini bertujuan untuk merangka dan menetapkan perancangan program dan inisiatif yang melibatkan semua teras di dalam Model Pembangunan Belia Madani 2030 dan Dasar Belia Malaysia (DBM).

MBM diwakili oleh Dr. Syafiqah Abdul Rahim, Penyelidik MBM yang terlibat dalam memberi input bagi kumpulan Jati Diri, Kepimpinan dan Kesejahteraan Hidup.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »