MAJLIS BELIA MALAYSIA

Semarak Belia

Gua Musang, 24 Oktober 2010 – Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa atau kaum yang hidup dalam kedamaian dan kemakmuran dan sering dijadikan contoh oleh negara-negara lain. Walaupun negara  kita majoritinya adalah dari bangsa Melayu, Cina dan India tetapi kaum-kaum minoriti lain turut tidak dipinggirkan oleh kerajaan terutamanya kaum orang asli samada di Semenanjung ataupun di Sabah Sarawak. Namun, disebabkan faktor geografi dan cara hidup, kaum orang asli agak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Prihatin dengan kaum orang asli terutamanya golongan belia, MBM telah mengadakan program Semarak Belia pada 23 hingga 24 Oktober 2010 bertempat di beberapa pos orang asli di Gua Musang seperti di Pos Hau, Pos Brooke serta Pos Hendrop. Program ini diadakan bertujuan bagi mendekati kaum orang asli bagi mendapatkan maklumat sebenar mengenai kehidupan mereka serta mencari jalan persefahaman bagi mengadakan program bersama. Program ini diketuai sendiri oleh Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee serta isteri dan exco MBM, Sdr. Rozamir Zulkifli dan Sdri. Wam Adilah Wan Awang. Beberapa program diatur seperti sukaneka, perlawanan sepak takraw, dialog, sumbangan peralatan sukan, pemeriksaan kesihatan percuma serta BBQ. Program ini turut mendapat kerjasama oleh Majlis Belia Kelantan, Hospital Universiti Malaysia cawangan Kelantan, JHEO serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Untuk keseluruhan gambar, boleh lihat di sini

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »