MAJLIS BELIA MALAYSIA

Selamat Tahun Baharu 2025: ‘Tumbuh Lebih Baik’

Selamat Tahun Baharu 2025 saya ucapkan kepada Saudara-Saudari penggerak belia sekalian. Semestinya banyak momen-momen penting yang telah kita lalui sebagai satu badan induk pertubuhan belia Malaysia pada tahun 2024 yang lalu.

Ya, 2025 ini bermakna umur kita telah menginjak 77 tahun yang menjadikan kita sebagai salah satu pertubuhan belia terbesar dan terlama di dunia. 2024 telah memperlihatkan bagaimana kebersamaan kita dalam membawa agenda belia tidak kira daripada penggerak di Kuala Perlis mahupun penggerak yang berada di pedalaman Daro di Sarawak. Kebersamaan kita ini telah mencipta satu gelombang baharu yang bukan sahaja di peringkat Malaysia, tetapi di seantero dunia.

Banyak lagi yang kita ingin lakukan 2025 ini khususnya dalam memateri agenda Pengkaderan Kepimpinan Belia di peringkat akar umbi serta kita mempunyai tugasan besar dalam merancakkan program menjelang Kepengerusian ASEAN 2025.

Rakan-Rakan Penggerak belia sekalian, ingat, kebersamaan ini akan membuatkan kita untuk tumbuh lebih baik dan terus #menggerakbelia!

Sekali lagi,
Selamat Tahun Baharu 2025!

Ikhlas Daripada :
Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid
Presiden Majlis Belia Malaysia

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »