Kemaman, 11 Disember 2013 – Daerah Kemaman antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir besar yang melanda Pantai Timur. Hampir seluruh rumah, kedai perniagaan dan premis kerajaan terjejas teruk setelah ditenggelami air. Antara yang terjejas teruk ialah pejabat Sekretariat Majlis Daerah Kemaman yang terletak di Kompleks Rakan Muda Kemaman, yang juga turut mengalami kerosakan yang besar. Seluruh peralatan pejabat seperti komputer, pencetak dan perabut pejabat musnah sama sekali. Bagi membantu MBD dan penduduk yang dilanda banjir, MBM akan menghantar pasukan Pasca Banjir yang akan diselaraskan oleh MBD Kemaman dan Pejabat Belia dan Sukan Kemaman.